Ratu Hati Ku

Hari Ibu

Setahun sudah berlalu dan kini Hari Ibu menjelang tiba. Tiap kali Penglipur Lara menulis tentang Hari Ibu, menitis air mata teringatkan ibu yang sudah 7 tahun meninggalkan dunia ini. Penglipur Lara hanya dapat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kepada mereka yang masih mempunyai ibu, janganlah mengabaikan mereka. Kenanglah jasa mereka selama ini, membesar dan mendidik kamu sehingga kamu boleh berdikari. Ingatlah, syurga itu di bawah telepak kaki ibu.

Kepada ibu-ibu semua, selamat manyambut Hari Ibu, semuga dilindungi Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan dengan kesihatan untuk menempuhi hari-hari berikutnya.

* Gambar ikhsan Natrah Ismail dan Video YouTube ikhsan Nusantaraku

Published in: on May 10, 2008 at 11:31 am Comments (0)

Mee Segera ‘Halal’ Berperisa Babi

Kepada penggemar mee segera, harap berwaspada dan berhati-hati.

Seorang hamba Allah dan isterinya telah pergi membeli barangan runcit di salah sebuah kedai terkemuka di sini. Mereka hendak membeli mee segera apabila terperasan dengan Mee tersebut yang berperisa babi tetapi bercap HALAL. Mereka telah mengadu perkara tersebut kepada pihak kedai agar mereka bertindak dengan segera untuk tidak menjual mee tersebut. Mee itu telah dikeluarkan daripada jualan mereka . Mee tersebut adalah buatan Vietnam. Mereka membeli mee itu sebagai rujukan dan menjadikannya sebagai bahan bukti.

Mee 1

Mee 2

Mee 3

Mee 4

Penglipur Lara mengucapkan terimakasih kepada Encik Hj Husni kerana menengahkan perkara ini dalam komentarnya sebelum ini.

Published in: on at 10:44 am Comments (0)

Blog Berwajah Baru

Salam sejahtera pada semua ahli keluarga serta para pelawat yang budiman. Setelah sekian lama Penglipur Lara menghilangkan diri, kini saya telah kembali dengan satu perubahan. Blog keluarga yang lama sudah berganti kulit dan wajah yang baru.

Semuga dengan pembaharuan pada blog keluarga ini, mungkin kita juga dapat bersama-sama menjayakan blog ini dengan semangat yang baru juga.

Sekian terimakasih!

Published in: on May 6, 2008 at 12:12 am Comments (2)

Pemindahan Semula Kubur-Kubur

Ahli-ahli keluarga diminta mengambil perhatian tentang urusan pemindahan semula kubur-kubur. Perkara ini akan dibincangkan dengan teliti demi mencapai persetujuan dari ahli-ahli keluarga di majlis yang akan diadakan di rumah Hj Husni pada hari Khamis 20.12.2007(Hari Raya Haji):

a) Kubur yg terlibat (Kubor Utama/Blk 1 & 2) - Hj Ehsan B Sidin (pemindahan percuma)
b) Kubur diluar yg terlibat (pengebumian pada atau sebelum 24 Oct 1993) - Hj Selamat/Hjh Saniah (pemindahan dikenakan pembayaran $80/- setiap kubur)

Jika dapat persetujuan boleh dipindahkan semula disatukan pengebumiannya bersama satu kubur. Harap maklum. Terimakasih.

* Kiriman Hj Asmuri Bin Lawi

Published in: on November 19, 2007 at 11:27 am Comments (1)

Takziah Buat Keluarga Encik Lotfi Berrada

Nenda kepada Encik Lotfi Berrada telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 13hb November 2007 di Maghribi (Morocco). Bagi pihak keluarga, Penglipur Lara ingin mengucapkan takziah buat Encik Lotfi sekeluarga. Semuga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan Encik Lotfi sekeluarga dapat menerima pemergiannya dengan penuh kesabaran.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Fatihah untuk Allahyarhamha. Al-Fatihah.

Published in: on November 14, 2007 at 10:19 pm Comments (2)

Dulu Lain Sekarang Lain

Rencana di bawah ini ditulis oleh Patrick Teoh dalam blognya “Niamah!!”.

Kepada semua yang telah dilahirkan pada tahun 50, 60 dan awal 70’an.
Pertama, Kami hidup bersama ibu-ibu yang tidak mempunyai pembantu. Mereka memasak/mencuci sambil menjaga kami.
Mereka memakan aspirin, candy floss, air bergas, ais kepal dengan sirap tetapi penyakit kencing manis tidak berleluasa. Garam dicampurkan ke Pepsi atau Coke adalah ubat penyakit demam.

Coke Lawan Pepsi

Kami tidak mempunyai penutup botol ubat, pintu atau almari yang kalis kanak-kanak. Apabila menaiki basikal, kami tidak memakai topi keledar.

Sebagai kanak-kanak, kami selalu menaiki basikal atau motosikal bersama ibu bapa untuk 2 atau 3 pengguna. Yang lebih berkemampuan akan menaiki kereta tanpa tali-pinggang keledar dan beg angin (air bag).

Basikal

Menaikki teksi swasta adalah suatu nikmat.
Kami minum air dari paip dan BUKAN dari botol.
Kami akan mengambil masa berjam lamanya di padang di bawah matahari terik bermain layang-layang, tanpa membimbangkan tentang pancaran ultra-violet (UV) yang tidak menjadi masalah bagi kami.
Kami pergi ke hutan untuk menangkap labah-labah tanpa membimbangkan tentang nyamuk Aedes.
Permainan batu serembat sungguh seronok. Dengan bola (bola tennis adalah yang terbaik sekali), kami, budak-budak lelaki akan berlari berjam-jam lamanya.

Batu Serembat

Kami menangkap ikan guppy di longkang dan akan berenang di dalamnya apabila hari hujan.
Kami berkongsi minuman ringan dengan empat rakan yang lain, dari satu botol dan TIADA SEORANG pun yang bimbang tentang kebersihan.

Kanak-Kanak

Kami memakan makanan yang masin, terlampau manis dan berminyak, gula-gula, roti dan mentega asli dan minum kopi atau teh yang teramat manis, ais kacang, tetapi badan kami tidak gemuk kerana
KAMI SELALU BERMAIN DI LUAR!!
Kami akan meninggalkan rumah di waktu pagi dan bermain sepanjang hari sampai lampu di jalanan dinyalakan.
Tiada siapa yang dapat berhubung dengan kami, tetapi kami tetap O.K.
Kami akan mengambil masa yang agak lama untuk membaiki basikal buruk dan scooter kayu dari barang buangan dan kami akan menaikkinya di lereng bukit. Malangnya kami terlupa memasang brek. Apabila kami telah jatuh ke dalam juram beberapa kali, barulah kami belajar untuk mengatasi masalah tersebut.

Kanak-kanak mencuci basikal

Kami tidak mempunyai alat Playstation, X-box, Nintendo, dan banyak saluran di kabel TV, wayang DVD, tiada surround sound, tiada talipon, tiada komputer peribadi dan tiada Internet. KAMI MEMPUNYAI RAMAI KAWAN dan kami pergi ke luar dan berjumpa mereka!
Kami jatuh dari dahan pokok, kami terluka, patah tulang dan gigi, tetapi kami masih tetap berdegil.
Kami tidak meraikan majlis ulangtahun sehingga umur kami mencapai 21
Kami menaiki basikal atau berjalan ke rumah teman dan memekik sambil memanggil mereka!
Tidak ada ibu-bapa yang membela anak mereka jika anak-anak mereka itu melanggar undang-undang. Ibu-bapa selalu berpihak kepada pihak yang berkuasa!
Malahan, generasi ini telah menghasilkan manusia yang terulung dari segi mengambil risiko, menyelesaikan masalah dan mencipta!
Sejak 40 tahun kebelakangan ini telah membuahkan idea serta innovasi yang baru.
Kami mempunyai kebebasan, kegagalan, kejayaan dan tanggung-jawab, dan kami belajar

CARA UNTUK MENGATASI KESEMUANYA!

Dan KAMU adalah diantara mereka!

TAHNIAH!
Mungkin kamu ingin berkongsi semua ini dengan rakan lain yang mempunyai nasib untuk membimbing anak-anak, sebelum kerajaan membimbing kehidupan kamu demi kebaikkan kita semua.

Dan biarlah anak-anak kamu tahu betapa beraninya ibu-bapa mereka.

* Rencana ini telah diketengahkan oleh Encik Jonet
** Penglipur Lara juga ingin berterimakasih sebelumnya kepada semua pihak yang empunya gambar yang digunakan dalam blog ini

Published in: on October 28, 2007 at 2:31 am Comments (1)

Enjet-Enjet Semut

Sebuah video klip yang menggambarkan pendirian orang Melayu terkini. Sungguh kreative dan lucu!

Peaceful and loving oi oi
That’s Malay to me

* Video YouTube ikhsan Slimiz29

Published in: on October 27, 2007 at 3:28 pm Comments (0)

Selamat Hari Raya Aidilfitri (1428H)

Di pagi Syawal yang mulia ini, hatiku sayup mendengar suara takbir memuji nama Illahi. Rasa dalam kalbu, tenteram dan aman selalu.

Raya

Di sini Penglipur Lara ingin mengambil kesempatan di pagi yang mulia ini untuk memohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa, tersilap bicara dan segala kesilapan yang disedari ataupun tidak. Kepada ahli keluarga dan sahabat handai silalah kunjung ke rumah supaya kita dapat mengeratkan tali silaturrahim di antara kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal Aidil Wal Faizin Wal Maqbulin.

Published in: on October 13, 2007 at 10:18 am Comments (1)

Manusia Yang Dikasihi dan Dibenci Nabi

Muhammad

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang orang yang paling aku kasihi dikalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bercakap perkara yang sia sia dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.Para Sahabat bertanya lagi, “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia sia, dan berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya?

Jawab Rasulullah

“ialah orang yang takbur.”

Riwayat at Tarmizi

Huraian:

1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda dihari kiamat nanti.
2. Bercakap kosong atau perkara yang sia sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang agama kerana ia tidak mendatangkan apa apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab diakhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

*Ikhsan Hj Asmuri Bin Lawi

Published in: on September 12, 2007 at 7:25 pm Comments (1)

Jom Kita Ke Starbucks

Starbucks

Sangat kreatif!

Published in: on at 7:11 pm Comments (0)